Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan kwsp

Bantuan KWSP RM500 telah dikreditkan ke akaun: Senarai penerima yang layak & cara semak

Posted on January 11, 2024 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Selain itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif dan kemudahan kepada rakyat negara ini.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini: –

Bantuan KWSP RM500

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah mengumumkan insentif Caruman Tambahan Kerajaan ke dalam Akaun 1 KWSP.

Melaluinya, pihak Kerajaan akan meberikan bantuan sebanyak RM500 kepada setiap ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang daripada RM10,000.

Insentif ini dilaksanakan sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk membantu mereka membina semula simpanan persaraan yang berkurangan susulan pengeluaran sebelum ini.

“Kini setelah rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan yang diterima bagi menyara kehidupan, sementara simpanan hari tua masih rendah.

“Kerajaan beriltizam membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Pembayaran bantuan

Berdasarkan kenyataan KWSP, pihaknya telah mengkreditkan insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP berumur antara 40 dan bawah 55.

“Insentif caruman RM500 one-off ini, yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023.

“Ia bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka,” petikan kenyataan KWSP.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal i-Akaun KWSP.

  • Log masuk i-Akaun KWSP;
  • Klik menu Akaun Peribadi;
  • Ahli boleh memuat turun penyata.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan bantuan-bantuan lain yang diperkenalkan kerajaan, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme