Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
kwsp

Pengeluaran KWSP RM3,000 – RM50,000 telah dibuka: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Posted on January 8, 2024 by Admin

Pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Inisiatif-inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pengeluaran bersyarat melalui sebuah insiatif yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan fasiliti berkenaan: –

Pengeluaran KWSP – Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) pada asasnya merupakan sebuah inisiatif yang membolehkan para ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu mereka mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Melaluinya, para ahli akan mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 mereka untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan terlibat.

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran pengeluaran perlu dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli mencapai usia 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun;
  • Warganegara Malaysia;
  • Permohonan adalah sekali sahaja;
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan;
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP;
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).

Cara Memohon

Permohonan FASA2  boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui institusi perbankan terlibat. Pada ketika ini, terdapat dua institusi perbankan yang terlibat iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank Berhad.

Berkenaan cara memohon, berikut adalah tatacaranya:

  • Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian;
  • Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan;
  • Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan fasiliti ini, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme