Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan rm200

Bantuan RM200 Fasa 3 dikreditkan ke akaun bulan ini: Berikut senarai penuh penerima

Posted on January 4, 2024 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang dikenali Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di bawah Belanjawan 2023 kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-

Bantuan Musim Tengkujuh

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Kadar bantuan ini juga telah dinaikkan kepada RM800, berbanding RM600 sebelumnya. Bantuan ini pada asasnya bagi membantu para pekebun kecil atau penoreh getah yang berkelayakan menghadapi musim tengkujuh bagi meringankan serta mengurangkan beban kewangan mereka.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Pembayaran BMT

Pembayaran bantuan ini dibuat sebanyak empat fasa bermula pada bulan November 2023 hingga Februari 2024. Setiap fasa pula akan melibatkan jumlah RM200 dengan jumlah keseluruhan RM800 (empat fasa).

Bagi bulan Januari 2024, maka pemberian BMT memasuki Fasa 3 dan ia berbaki satu lagi fasa pada bulan Februari depan.

Pembayarannya pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan bantuan ini boleh dibuat di Sistem BMT RISDA – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme