Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bayaran Khas Kewangan

Bayaran Khas Kewangan RM2,000 akan dikreditkan: Tarikh pembayaran & senarai penuh penerima

Posted on November 26, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara adalah Bayaran Khas Kewangan yang akan dikreditkan kepada yang layak tidak lama lagi. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bayaran Khas Kewangan

Untuk makluman, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengumumkan pemberian Bayaran Khas Kewangan atau Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bayaran khas itu akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri dengan peruntukan sekitar RM18 juta.

“Bayaran penghargaan ini juga akan diberikan kepada pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras pusat Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) Dewan Undangan Negeri (DUN), penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru Fardu Ain serta guru jahitan dan dibayar mengikut kadar yang bersesuaian,” katanya.

Tarikh Pembayaran

Menurut Datuk Mohd Nassuruddin, pembayaran bantuan ini akan dibuat pada bulan Februari 2024 tahu hadapan.

Bantuan ini diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Kelantan 2024 yang bertemakan ‘Kelantan Mampan Berkat Sejahtera’ pada persidangan DUN di Kota Darulnaim.

Belanjawan 2024 Kelantan berjumlah RM1.61 bilion dengan anggaran defisit RM178.49 juta.

Akan tetapi, Nassuruddin berkata biarpun belanjawan defisit, kerajaan negeri akan memberikan keutamaan kepada projek atau program yang dapat merangsang kemakmuran negeri serta memangkin kesejahteraan rakyat.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

“Kerajaan negeri mencadangkan Belanjawan 2024 dengan pecahan anggaran perbelanjaan mengurus dijangka RM1.15 bilion atau 70.98 peratus manakala perbelanjaan pembangunan RM468.36 juta (29.02 peratus),” katanya.

Sumber: Berita Harian.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme