Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan khas

Bantuan Khas Kewangan RM1,000 akan dibayar bulan depan: Senarai penuh penerima yang layak

Posted on November 12, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 yang akan dikreditkan tidak lama lagi. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Khas Kewangan (BKK)

Ketika membentang Belanjawan 2024 di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Bantuan itu akan diberikan kepada semua penjawat awam Kerajaan Negeri bagi menghargai penglibatan mereka menjayakan kutipan hasil.

Tarikh Pembayaran

Menurut Datuk Seri Amirudin Shari, insentif tersebut merupakan sebahagian daripada bantuan keseluruhan sebanyak 2.5 bulan gaji kepada kakitangan awam yang sudah pun dimulakan menerusi BKK kali pertama sebanyak sebulan gaji minimum RM1,000 pada Hari Raya Aidilfitri, Mei lalu.

Oleh itu, BKK kali kedua sebanyak sebulan gaji minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta akan dibayar pada 28 Disember 2023.

Manakala, setengah bulan gaji minimum RM1,000 yang akan dibayar pada bulan Februari 2024 bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada bulan Mac 2024.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

“Pemberian BKK akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) dan syarat yang paling penting, kena tunggu di dalam Dewan ini sehingga Belanjawan selesai dibentangkan dan disokong,” katanya, petikan dari Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme