Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
kementerian

Pelbagai jawatan kosong Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan: Gaji sehingga RM9,546

Posted on November 9, 2023 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan

  1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
    • Taraf Jawatan : Kontrak
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
    • Jadual Gaji : RM2,080 – RM9,546
  2. PEMBANTU TADBIR GRED N19
    • Taraf Jawatan : Kontrak
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Jadual Gaji : RM1,352 – RM4,003

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan kekosongan;
  • Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan dilampirkan bersama resume bergambar, salinan kad pengenalan dan salinan akademik (yang berkaitan) hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan berkaitan yang disahkan.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Sekuriti Makanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Aras 10, Wisma Tani, Lot 4G1, No.28
Persiaran Perdana Presint 4
62624, Putrajaya

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 15 NOVEMBER 2023 (12 TENGAH HARI).

Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme