Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bayaran

Bayaran STR dinaikkan kepada RM3,700: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Posted on November 8, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023.

Belanjawan Madani 2024 ini melibatkan peruntukan tertinggi yang pernah dibentangkan iaitu RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian STR kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.

Malah, kadar STR 2024 juga akan dinaikkan daripada RM3,100 kepada RM3,700 untuk isi rumah dan daripada RM350 kepada RM500 untuk golongan belia.

“Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR),” kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Dengan kenaikkan itu, ia akan menyaksikan peningkatan peruntukan bagi STR 2024 kepada RM10 bilion berbanding RM8 bilion pada tahun 2023.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Permohonan STR 2024

Permohonan baru dan kemaskini STR 2024 telah pun dibuka pada 01 November 2023 dan ia akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Untuk makluman semua, berikut adalah panduan berkenaan permohonan baru dan kemas kini STR 2024:

  • Pemohon yang perlu membuat kemas kini:
    • Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021,
      BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak
    • Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat
  • Pemohon yang perlu membuat permohonan baru:
    • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024

Tentang pembayaran STR 2024 pula, Fasa 1 akan dibuat pada bulan Februari tahun hadapan. Pemberian STR bagi tahun 2024 akan melibatkan sekitar 9 juta rakyat.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR 2024, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme