Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
musim tengkujuh

Bantuan Musim Tengkujuh RM800 Fasa 1 dibayar bulan ini: Senarai penerima yang akan dikreditkan

Posted on October 31, 2023 by Admin

Bagi tahun 2023 ini, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang dikenali Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di bawah Belanjawan 2023 kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT pada asasnya sebuah bantuan kewangan di bawah RISDA. Pada tahun 2023, kadar bantuan inu telah dinaikkan kepada RM800, berbanding RM600 sebelumnya.

Objektif utama bantuan ini adalah bagi meringankan dan mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, pembayaran BMT akan dibuat sebanyak empat fasa iaitu bermula pada bulan November 2023 hingga Februari 2024.

Kaedah pembayarannya pula adalah secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Permohonan BMT bagaimanapun telah ditutup pada 15 September 2023 lalu.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi RISDA – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme