Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
str

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024: Senarai mereka yang layak menerima RM2,500

Posted on October 23, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.

Belanjawan Madani 2024 ini melibatkan peruntukan tertinggi yang pernah dibentangkan iaitu RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Di bawah belanjawan ini, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR pada asasnya merupakan bantuan tunai kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40 berkelayakan. Bantuan ini juga adalah kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan sebagainya.

Untuk STR 2024, ihak Kerajaan meningkat peruntukan untuk STR daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion. Malah, STR 2024 juga dijangka akan memanfaatkan 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa negara ini.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Kadar Bayaran STR 2024

Berdasarkan Ringkasan Belanjawan 2024 yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan, pembayaran STR adalah seperti berikut:

Isi Rumah (Asas) ≤ RM2,500

  • Bilangan anak 0: RM1,000
  • Bilangan anak 1-2: RM1,500
  • Bilangan anak 3-4: RM2,000
  • Bilangan anak 5 ke atas: RM2,500

Isi Rumah (Asas) RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1-2: RM750
  • Bilangan anak 3-4: RM1,000
  • Bilangan anak 5 ke atas: RM1,250

Warga Emas Bujang

  • RM600

Bujang ≤RM2,500

  • RM350

Permohonan Baru STR

Berdasarkan pembentangan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, permohonan baru STR 2024 akan dibuka seawal November 2023 dan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

“Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR),” katanya

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme