Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan khas

Bantuan Khas RM300 telah dibayar ke akaun masing-masing: Berikut senarai penuh penerima

Posted on October 18, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Berikut adalah maklumat berkenaan bantuan khas yang telah diperkenalkan:-

Bantuan Khas RM300

Pada tahun 2023 ini, Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan Bantuan Khas Penghaargaan sebanyak RM300.

Bantuan khas ini diberikan kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah serta lantikan politik dan turut dipanjangkan kepada pegawai lantikan MySTEP.

Bantuan Khas turut dipanjangkan kepada Guru Al-Quran dan Guru Fardu Ain serta Guru (Mudaribbah) Pusat Pembangunan Wanita.  Para pesara Kerajaan negeri juga layak menerima bantuan ini.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

“Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) akan ditangguhkan pemberian BKP Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2023 ini.

Pegawai hanya layak dibayar BKP Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2023 setelah dibebaskan daripada pertuduhan tatatertib atau dikenakan hukuman selain buang kerja atau diturunkan pangkat oleh PBTT yang berkenaan,” petikan dari Pekeliling Perkhidmatan Negeri Kelantan Bilangan 10 Tahun 2023.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Kelantan Bilangan 10 Tahun 2023, pembayaran bantuan ini dibuat pada 22 September 2023.

Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima berkelayakan.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan bantuan khas ini, sila rujuk di pekeliling rasmi – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme