Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
sumbangan

Sumbangan Tunai RM1,200 akan dikreditkan kepada rakyat Malaysia: Ini tarikh pembayarannya

Posted on October 17, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

Sumbangan Tunai Rah

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah sebuah bantuan tunai kepada rakyat Malaysia daripada kategori B40 dan M40 yang berkelayakan.

Ia juga adalah kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.

Setakat ini, pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun dikreditkan kepada mereka yang layak dengan kadar-kadar yang ditetapkan.

Kadar & Penerima STR Fasa 4

Bagi kadar pembayaran dan penerima STR Fasa 4, berikut dalah maklumatnya:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Tarikh Pembayaran

Mengikut jadual asal, pembayaran bagi STR bagi Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan November 2023.  Akan tetapi, tarikh rasmi pembayarannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak Kerajaan.

Pembayarannya akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan.

Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pembayaran akan dibuat secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme