Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
lada

LADA buka pengambilan banyak jawatan kosong tahun 2023: Gaji RM1,352 – RM9,607

Posted on October 8, 2023 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong LADA

  1. PEGAWAI TADBIR (N41)
    • Jadual Gaji: RM2,080 – RM9,546
  2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (L41)
    • Jadual Gaji: RM2,418 – RM9,607
  3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (N19)
    • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan kekosongan;
  • Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan LADA dan dilampirkan bersama salinan Kad  engenalan; Sijil Kelahiran; Sijil Berhenti Sekolah; Sijil Pelajaran Malaysia; Sijil Ijazah dan transkrip; dan lain-lain sijil yang berkaitan (kurikulum & kokurikulum).

Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIMOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul dan dihantar ke alamat:

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 16 OKTOBER 2023.

Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme