Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan rm500

Bantuan RM500 setiap bulan untuk mereka berumur 60 tahun ke atas: Syarat-syarat & cara memohon

Posted on October 4, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah bantuan tunai bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): –

Bantuan RM500 Setiap Bulan

Salah satu bantuan tunai yang diperkenalkan JKM adalah Bantuan Warga Emas (BWE) sebanyak RM500 setiap bulan.

Objektif utama BWE adalah bagi membantu warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan tunai ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat di seluruh negara.

Pemohon turut perlu membawa dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Namun begitu, setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Maklumat lebih teliti berkenaan BWE dan borang permohonan boleh dilihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme