Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan khas

Bantuan Khas telah dibayar minggu lepas: Berikut senarai penerima RM300 yang dikreditkan

Posted on October 3, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Berikut adalah maklumat berkenaan bantuan khas yang telah diperkenalkan:

Bantuan Khas Penghargaan (BKP)

Di peringkat Persekutuan, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200 kepada mereka yang berkelayakan.

Pembayarannya juga telah selesai disalurkan kepada yang layak pada 10 Ogos lalu.

Akan tetapi, nampaknya di peringkat negeri juga ada memperkenalkan bantuan sama sebanyak RM300. Bantuan Khas Penghargaan itu diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah seperti mana yang dinyatakan di Surat Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bilangan Sembilan 2023.

Antara yang turut layak menerima bantuan khas ini adalah para pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji; pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

Bantuan ini juga dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada  10 Ogos 2023 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pembayaran Bantuan Khas Penghargaan

Seperti mana dimaklumkan di surat pekeliling berkenaan, pembayaran bantuan ini akan dibuat pada 25 September 2023 dengan cara kredit terus ke akaun penerima.

Bantuan khas ini diberikan sebagai menghargai sumbangan dan suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

“Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 13/2023 pada 30 Ogos 2023 telah bersetuju untuk memberikan BKP Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.

“BKP ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada Penjawat Awam Negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” menurut pekeliling yang diterbitkan.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme