Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan bkk

Bantuan BKK maksimum RM1,000 setiap bulan: Senarai penuh penerima layak & cara memohon

Posted on September 29, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah bantuan-bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Salah satunya adalah bantuan kewangan sehingga RM1,000 setipa bulan kepada mereka yang berkelayakan. Ini adalah penjelasan lanjut tentang bantuan kerajaan tersebut:

Bantuan BKK

BKK atau Bantuan Kanak-Kanak adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga.

Ia juga diberikan dengan objektif memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak minima RM150 sehingga maksimum RM1,000 dengan pecahan berikut:

  • RM200: Umur 6 tahun dan ke bawah
  • RM150:  Umur 7 tahun hingga 18 tahun
  • RM1,000: Kadar maksimum sekeluarga

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah;
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BKK boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen-dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/Bahagian seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Bagi maklumat lengkap berkenaan skim bantuan ini, ia boleh diteliti di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug   Oct »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme