Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bil air

Bantuan Bil Air Percuma hingga akhir tahun 2024: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Posted on September 26, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah Bantuan Bil Air Percuma kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

Bil Air Percuma

Bantuan ini dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE) iaitu sebuah program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar.

Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang);
  • Premis kediaman meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk maklumat, para penerima bantuan sedia ada dan pemohon baru SADE yang diluluskan permohonannya akan menikmati faedah SADE sehingga 31 Disember 2024 secara automatik.

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan bil air ini boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) melalui Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Permohonan juga boleh dikemukakan secara manual melalui Kaunter Perkhidmatan di salah satu daripada 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd atau Pusat Khidmat Masyarakat.

Maklumat lengkap berkenaan skim ini sila lihat DI SINI dan permohonan secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug   Oct »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme