Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
pengeluaran penuh

Pengeluaran penuh Simpanan KWSP dari Akaun 1 & Akaun 2: Syarat-syarat & cara memohon

Posted on September 24, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan Persekutuan membenarkan pengeluarakan KWSP melalui pelbagai program antaranya seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.

Namun begitu, sebenarnya terdapat pelbagai lagi faktor yang membenarkan para ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka, sama ada secara penuh, sebahagian atau jumlah tertentu.

Berikut adalah senarai perkara yang membenarkan pengeluaran KWSP secara penuh: –

Pengeluaran penuh simpanan KWSP

Mencapai usia 55 tahun

Bagi ahli KWSP  yang telah mencecah usia 55 tahun, caruman yang diterima di dalam Akaun 1 dan Akaun 2 mereka akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Ahli seterusnya boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan mereka daripada akaun ini pada bila-bila masa.

Mencapai usia 60 tahun

Untuk makluman, jika ahli memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dimasukkan ke dalam Akaun Emas dan ia hanya boleh dikeluarkan apabila mereka mencapai usia 60 tahun.

Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Ahli juga boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan mereka.

Hilang upaya

Jika ahli mengalami hilang upaya yang menjejaskan fizikal dan mental mereka sehingga menghalang mereka bekerja. Mereka boleh membuat pengeluaran penuh KWSP. Pihak KWSP juga akan memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi meringankan beban mereka.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Meninggalkan negara

Sekiranya ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, mereka boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan di KWSP.

Meninggal dunia

Bagi ahli yang telah meninggal dunia, pengeluaran simpanan mereka di KWSP boleh dibuat oleh waris. Oleh itu, pihak KWSP sangat menggalakkan supaya para ahlinya membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

Cara memohon

Bagi urusan pengeluaran ini, ia boleh dibuat secara atas talian melalui e-Pengeluaran (i-Akaun) KWSP atau melalui cawangan-cawangan KWSP terdekat.

Pembayaran itu kemudiannya akan dikreditkan ke akaun bank ahli seperti mana yang dinyatakan ketika membuat permohonan.

Maklumat lengkap dan permohonan i-Lindung, ia boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug   Oct »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme