Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
sumbangan tunai

Sumbangan tunai RM300 dikreditkan bulan ini: Berikut senarai penuh mereka yang layak

Posted on September 17, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Sumbangan tunai RM300

Pada tahun 2023 ini, Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan sumbangan tunai sebanyak RM300 yang dikenali sebagai Bantuan Khas Penghargaan (BKP).

Bantuan khas ini akan diberikan kepada para penjawat awam negeri berkenaan yang  masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023.

Bantuan khas ini turut diberikan kepada penjawat awam negeri yang merupakan pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji; pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

Bantuan sebanyak RM300 jugadipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayarannya, surat Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bilangan Sembilan 2023 menyatakan ia akan dilaksanakan pada 25 September 2023.

Pekeliling itu turut memaklumkan bahawa pesara kerajaan negeri juga menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM200 yang sudah disalurkan melalui Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia kepada penerimanya pada 10 Ogos lalu.

“Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 13/2023 pada 30 Ogos 2023 bersetuju untuk memberikan BKP Penjawat Awam Negeri sebanyak RM300 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.

“BKP ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” petikan pekeliling berkenaan.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug   Oct »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme