Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan e-tunai

Bantuan e-Tunai RM100 akan dikreditkan bulan depan: Semak senarai penuh penerima

Posted on September 10, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah Bantuan Kredit e-Tunai sebanyak RM100 secara ‘one-off’.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan e-Tunai RM100

Semasa berucap di Majlis Peluncuran ‘Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat’, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengumumkan Bantuan Kredit e-Tunai sebanyak RM100 kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah mereka daripada kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, pelaksanaan Bantuan Kredit e-Tunai ini akan mula dilaksanakan pada suku keempat tahun ini atau pada Oktober 2023.

“Bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40,” petikan kenyataan itu.

Selain itu, pihak Kerajaan telah pun mengkreditkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200 pada 10 Ogos lalu.

RM300 dikreditkan kepada Penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, manakala RM200 pula dikreditkan kepada Pesara Kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Dengan pemberian bantuan ini, ia akan dimanfaatkan oleh sekitar 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara kerajaan.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug   Oct »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme