Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
rm300

Bantuan Khas RM300 mula dibayar bulan ini: Tak perlu memohon & senarai penuh penerima

Posted on September 4, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Bantuan Khas RM300

Seperti mana yang semua maklum, pihak Kerajaan Persekutuan pada bulan lalu telah mengkreditkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200 kepada para penjawat awam serta pesara kerajaan.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri Pahang juga memperkenalkan Bantuan Khas Penghargaan kepada para penjawat awam negeri Pahang Gred 54 dan ke bawah serta pesara kerajaan negeri.

Bagi penjawat awam negeri – mereka akan menerima bantuan khas sebanyak RM300 seorang dan akan membabitkan 8,000 orang termasuk pegawai serta kakitangan kontrak.

Manakala, bantuan khas sebanyak RM200 pula dibayar kepada kepada para pesara Kerajaan negeri.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Pembayaran

Seperti mana bantuan-bantuan lain, pembayaran bantuan khas ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

Manakala, pembayarannya pula akan dibuat pada bulan September 2023.

“Pemberian bantuan khas ini membabitkan implikasi kewangan RM2.4 juta dan pembayaran akan dibuat pada September ini.

Saya berharap dengan pemberian bantuan khas ini penjawat awam Pahang akan dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini,” kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sumber: Harian Metro.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug   Oct »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme