Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bakipt

Permohonan Bantuan BAKIPT RM300 telah dibuka: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Posted on September 2, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah Bantuan BAKIPT yang telah dibuka permohonnya bagi tahun 2023.

Bantuan BAKIPT

Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT atau BAKIPT adalah sebuah bantuan tunai sebanyak RM300 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada mereka yang berkelayakan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon lahir di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT);
  • Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang https://mysprsemak.spr.gov.my sebelum membuat permohonan;
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah dan bilangan anak (selain pemohon) berumur 21 tahun dan ke bawah adalah seperti berikut
    • RM3,000 dan ke bawah
    • RM3,001 – RM6,000
  • Permohonan dibuka bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2023 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan;
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian QualificationAgency https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
    Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk IPT;
  • Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
    Dokumen sokongan yang WAJIB dimuat naik di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / ADUN adalah seperti berikut:

    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon. (DISAHKAN)
    • Salinan Kad Pengenalan Tanggungan 3 Anak (selain pemohon) yang berumur 21 tahun dan ke bawah. (DISAHKAN)
    • Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa / Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu/ Bapa/ Penjaga BPPSPPNK/07. (DISAHKAN)
    • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke IPT. (DISAHKAN)
    • Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk IPT. (DISAHKAN)
    • Salinan Akaun Bank / Penyata Bank pemohon. (DISAHKAN)
    • Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman BPPSPPNK/09. (Bagi pemohon yang LAHIR di kawasan bersempadan Negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja)
  • Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:
    • Pelajar SIJIL / ASASI / MATRIKULASI / FOUNDATION;
    • Pelajar PASCA-SISWAZAH;
    • Pelajar SEPARUH MASA;
    • Pelajar LUAR KAMPUS;
    • Pelajar di INSTITUSI PERGURUAN (IPG);
    • Pelajar PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN; dan
    • Pelajar di bawah LATIHAN SEPARA PERUBATAN (Kolej Perubatan / Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia)
  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP dan TIDAK MEMENUHI SYARAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN dan DITOLAK.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BAKIPT  boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem BAKIPT.

Untuk maklumat, permohonan bantuan ini dibuka mulai 1 Julai sehingga 31 Oktober 2023.

Bagi mereka yang diluluskan permohonanya, pembayaran bantuan ini akan dibuat dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.

Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini, ia boleh diteliti di Portal Rasmi SPPNK KEDAH – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug   Oct »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme