Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
sumbangan asas

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600 dikreditkan secara berperingkat: Senarai penuh penerima

Posted on August 27, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

SARA adalah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM600 yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelayakan.

Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, terdapat dua kaedah pembayaran SARA iaitu:

Penerima daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)

  • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
  • Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan

  • Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2023
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme