Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
mylesen

Program MyLesen: Bantuan lesen memandu percuma untuk rakyat Malaysia dalam kategori B40

Posted on August 26, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah program bantuan lesen memandu percuma di bawah Belanjawan 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program berkenaan:-

Program MyLesen

Program My Lesen B2 adalah sebuah inisiatif Kerajaan anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertujuan untuk memperkasa kumpulan B40 khususnya golongan belia bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.).

Program ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan bagi  mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.) bagi 9,000 orang peserta.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Penerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmal/JKM/JAKOA/LHDN);
  • Tanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon;
  • Sihat tubuh badan dan mental;
  • Belum memiliki sebarang Lesen Memandu;
  • Bebas senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Kaedah Pelaksanaan

Program ini tidak melibatkan sebarang permohonan kerana peserta yang layak dan memenuhi syarat-syarat kelayakan akan dihubungi melalui surat dan e-mel.

Untuk makluman, ia juga telah mula dilaksanakan pada 30 Mei 2023 lalu.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI atau melalui soalan-soalan lazim (FAQ) DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2023
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme