Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
e-dompet

Bantuan e-Dompet RM200 kepada rakyat Malaysia: Tarikh tutup permohonan & cara menebusnya

Posted on August 15, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah program bantuan Kerajaan yang melibatkan RM200 secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-

Bantuan e-Dompet RM200

Melalui Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan e-Tunai yang dikenali sebagai eBeliaRahmah.

Bantuan ini pada asasnya bertujuan untuk mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia dan pelajar IPT sepenuh masa.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU
  • Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
    • Kementerian Pendidikan Tinggi;
    • Kementerian Pendidikan;
    • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
    • Kementerian Pertahanan;
    • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
    • Kementerian Belia dan Sukan;
    • Kementerian Sumber Manusia;
    • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya;
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Permohonan dan penebusan bantuan e-Tunai ini boleh dibuat melalui platform-platform e-Dompet seperti Boost; Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Aplikasi-aplikasi ini boleh dimuat  turun melalui Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery.

Bagi pengguna baharu atau sedia ada, mereka hanya perlu mengikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC).

Mereka kemudiannya perlu mengisi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun. Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari.

Tempoh penebusan bantuan e-Tunai ini dibuka sehingga 22 Ogos 2023.

Bagi maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2023
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme