Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
rm300

Bantuan Khas RM300 akan dibayar 10 Ogos ini: Senarai penerimanya & cara pembayaran

Posted on August 4, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah jugalah apabila Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Bantuan Khas RM300

Bantuan Khas Penghargaan (BKP) diberikan dengan kadar sebanyak RM300 dan RM200.

  • RM300: Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 561 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan Contract of Service2 dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023. Turut layak diberi kepada pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
  • RM200: Para pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 10 Ogos 2023 kepada semua yang berkelayakan.

Pembayaran juga akan diberikan kepada para pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 10 Ogos dan telah dilantik sebelum 10 Ogos, dengan syarat tempoh kontrak telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2023
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme