Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
i-sayang

Pengeluaran simpanan KWSP melalui Inisiatif i-Sayang: Penjelasan, syarat-syarat & cara memohon

Posted on July 28, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan inisiatif i-Sayang. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan inisiatif ini: –

i-Sayang KWSP

i-Sayang KWSP adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 2023.

Inisiatif ini pada asasnya memberikan pilihan kepada suami (pemberi) untuk mengeluarkan 2 peratus caruman syer pekerja yang diterimanya daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

Disebabkan ia pilihan, inisiatif ini hanya boleh dibuat secara sukarela oleh suami dan pindahan tersebut akan dilaksanakan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.

Syarat-syarat Kelayakan

Syarat-syarat bagi suami

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara;
  • Ahli KWSP;
  • Belum mencapai umur 75 tahun;
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.

Syarat-syarat bagi isteri

  • Warganegara Malaysia;
  • Ahli KWSP;
  • Belum mencapai umur 75 tahun;
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dan berminat, permohonan inisiatif ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui i-Akaun KWSP.

Permohonan juga boleh dilaksanakan secara manual melalui Pejabat KWSP, dengan mengisi Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) dengan lengkap.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan i-Sayang, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme