Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Pengeluaran KWSP

Pengeluaran KWSP dari Akaun 2 kini dibenarkan: Cara membuat permohonan untuk semua pencarum

Posted on July 22, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor yang membenarkan para ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka. Berikut adalah senarai perkara yang membenarkan pengeluaran KWSP secara sebahagian: –

Pengeluaran KWSP

Pembiayaan Pendidikan

Pihak KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Membeli Rumah

Bagi ahli yang ingin memiliki rumah sendiri, pihak KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah. Kategori rumah kediaman yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo / teres / berkembar / apartmen / kondominium / apartmen studio / apartmen servis / townhouse / SOHO atau rumah kedai.

Membina Rumah

Bagi yang ingin membina rumah pula, KWSP membenarkan pengeluaran simpanan dari Akaun 2. Antara syarat utamanya adalah ahli hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 dan ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.

Mengurang/menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Ahli boleh menggunakan simpanan dari Akaun 2 KWSP bagi mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.

Tujuan Kesihatan

KWSP turut membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

E-Pengeluaran KWSP

Bagi memudahkan urusan pengluaran-pengeluaran ini, pihak KWSP telah memperkenalkan sistem e-Pengeluaran melalui laman sesawang rasmi KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun.

Syarat-syarat kelayakan menggunakan sistem ini adalah:

  • Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap;
  • Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa;
  • Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum;
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP.

Bagi panduan penggunaan e-Pengeluaran, sila rujuk DI SINI (PDF).

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan senarai pengeluaran KWSP ini sila rujuk di Portal Rasmi KWSP DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme