Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
e-dompet

Bantuan e-Dompet RM200 telah mula dikreditkan: Ini cara memohon bagi yang belum dapat

Posted on July 21, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah program bantuan Kerajaan yang melibatkan RM200 secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-

Bantuan e-Dompet RM200

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah eBeliaRahmah yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023. Pada asasnya, program ini bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia dan pelajar IPT sepenuh masa.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU
  • Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
    • Kementerian Pendidikan Tinggi;
    • Kementerian Pendidikan;
    • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
    • Kementerian Pertahanan;
    • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
    • Kementerian Belia dan Sukan;
    • Kementerian Sumber Manusia;
    • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya;
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk makluman, pendaftaran eBeliaRahmah telah pun dibuka mulai 26 Jun sehingga 22 Ogos 2023. Bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan memuat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery:

  • Boost;
  • Setel;
  • Touch ‘n Go eWallet.

Untuk pengguna baharu atau sedia ada, mereka hanya perlu mengikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC).

Mereka kemudiannya perlu mengisi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun. Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari.

Bagi maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme