Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
lesen memandu

Bantuan Lesen Memandu Percuma untuk rakyat Malaysia: Syarat-syarat & mereka yang layak

Posted on July 14, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah program bantuan lesen memandu percuma di bawah Belanjawan 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program berkenaan:-

Bantuan Lesen Memandu Percuma

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Program MyLesen B2. Program ini pada asasnya bertujuan untuk memperkasa kumpulan B40 khususnya golongan belia bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (motosikal).

Melalui program ini, pihak Kerajaan menanggung sepenuhnya kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (motosikal).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Penerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmal/JKM/JAKOA/LHDN);
  • Tanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon;
  • Sihat tubuh badan dan mental;
  • Belum memiliki sebarang Lesen Memandu;
  • Bebas senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk makluman, program bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan kerana peserta yang layak dan memenuhi syarat-syarat kelayakan akan dihubungi melalui surat dan e-mel.

Program ini telah pun mula dilaksanakan bermula pada 30 Mei 2023 lalu.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme