Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
BANTUAN rm600

Bantuan RM600 Fasa 1 mula dibayar bulan ini: Tak perlu memohon & ini senarai penerima

Posted on July 11, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Bantuan RM600

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran Sumbangan Tunai Rakyat (STR) Fasa 1 hingga Fasa 3  telah pun dilaksanakan pada bulan Januari, April dan Jun lalu dengan kadar tertentu.

Namun begitu, pihak Kerajaan juga ada memperkenalkan bantuan tambahan kepada penerima STR sedia ada yang bekelayakan.

Kadar bantuan tambahan itu adalah sebanyak RM600 yang dibayar secara berfasa kepada penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih dan mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, pemberian bantuan tambahan ini tidak melibatkan sebarang permohonan baru kerana ia berdasarkan maklumat pendaftaran ketika permohonan STR.

Pembayarannya akan dibuat 6 kali dengan nilai sebanyak RM100 bagi setiap fasa. Tarikh mula pengagihan adalah pada bulan Julai hingga Disember 2023.

Bantuan tambahan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme