Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
rm1800

Bantuan Kewangan RM1,800 untuk rakyat Malaysia: Mereka yang layak & cara memohon

Posted on July 11, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah bantuan kewangan sebanyak RM1,800 kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:-

Bantuan Tunai RM1,800

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Kewangan Bagi Pelajar Kolej Komuniti  atau BKPKK di bawah Kementerian Kewangan.

Bantuan ini pada asasnya melibatkan kadar sumbangan tunai sebanyak RM300 setiap bulan untuk satu semester (6 bulan). Oleh hal demikian, jumlah keseluruhan bagi satu semester sebanyak RM1,800.

Bagi setahun, jumlah keseluruhan pemberian BKPKK adalah sebanyak RM3,600.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonannya bantuan ini boleh dibuat melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Akan tetapi, pelajar yang layak untuk menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun atau dua semester pengajian hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 bagi melayakkan diri mereka menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini sila lihat DI SINI atau melalui Portal Biasiswa KPM – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme