Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

PERHATIAN: Salah guna poster JawatanKerja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

Posted on July 6, 2023July 6, 2023 by Admin

Merujuk kepada sebuah hantaran di Facebook Kementerian Kewangan bertarikh 5 Julai 2023, pihak kami mendapati poster kami telah diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Poster berkenaan telah dimuatnaik bersama pautan (link) ke kumpulan Telegram yang tidak dikenali dan mungkin merupakan sebuah pautan bertujuan penipuan.

Untuk makluman, kami sentiasa merujuk kepada sumber-sumber rasmi berkaitan dengan segala jenis pelaksanaan bantuan dan inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan.

Berdasarkan maklumat rasmi dari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kadar tambahan STR ditetapkan sebanyak RM600 dan ia khusus diberikan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Sumbangan itu akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.

Ahhirnya, pihak kami mengingatkan seluruh masyarakat agar berhati-hati dalam menerima sebarang maklumat dan menilainya dengan teliti bagi mengelakkan sebarang cubaan penipuan serta perdaya.

Masyarakat juga dinasihati supaya sentiasa berwaspada dan tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi di ruang awam.

Terima kasih

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme