Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
i-lindung

Cara membuat pengeluaran simpanan KWSP melalui Program i-Lindung untuk semua pencarum

Posted on July 6, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan Persekutuan membenarkan pengeluarakan KWSP melalui pelbagai program antaranya seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.

Akan tetapi, masih ramai yang telepas pandang berkenaan dengan sebuah lagi program di bawah KWSP yang dikenali sebagai i-Lindung.

i-Lindung KWSP

Untuk maklumat, i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang boleh digunakan bagi tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Melalui PPA ini, ahli dibenarkan untuk membeli produk insurans/takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.

Dengan itu, ia dapat membantu para ahli ketika berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa depan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pengguna i-Akaun (Ahli);
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, mereka boleh menggunakan i-Lindung bagi membeli polisi perlidungan hayat dan penyakit kritikal.

Tatacaranya pula adalah seperti berikut:

  1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli);
  2. Klik pada tab i-Lindung;
  3. Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT;
  4. Lengkapkan maklumat di portal SIT;
  5. Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP;
  6. Penerimaan penyata maklumat dari SIT.

Maklumat lengkap dan permohonan i-Lindung, ia boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme