Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
rayuan

Ramai tak lulus STR Fasa 3? Ini tarikh & cara membuat Rayuan STR 2023 untuk rakyat Malaysia

Posted on June 28, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

STR Fasa 3

Untuk makluman, pembayaran STR bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai dikreditkan pada bulan Januari dan April lalu.

Makanya, ketika ini telah tiba masanya untuk pembayaran STR Fasa 3 kepada mereka yang layak merangkumi penerima isi rumah, warga emas dan bujang.

Kadar pembayarannya pula adalah minima RM150 dan maksimum RM800 mengikut ketegori serta pendapatan penerima.

Pembayarannya pula telah mula dikreditkan pada 26 Jun 2023 lalu secara beperingkat ke akaun bank penerima. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Rayuan STR

Akan tetapi, nampaknya ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak diluluskan permohonan mereka sama ada bagi pembayaran Fasa 1, Fasa 2 atau Fasa 3.

Prihatin dengan perkara ini, pihak Kerajaan akan membuka Rayuan STR selama sebulan bermula pada 3 Julai sehingga 31 Julai 2023.

Kaedah rayuan itu pula boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi STR atau mengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme