Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
kwsp

Panduan lengkap buat pengeluaran KWSP secara online pada bila-bila masa & di mana saja

Posted on June 13, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Malah, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis kemudahan kepada rakyat negara ini. Antaranya termasuklah melalui kemudahan e-Pengeluaran KWSP yang membolehkan permohonan pengeluaran simpanan secara dalam talian (online).

Berikut adalah senarai pengeluaran yang boleh dibuat melalui kemudahan ini:-

Pembiayaan Pendidikan

Pihak KWSP sebenarnya membenarkan para ahlinya membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Membayar Ansuran Rumah

KWSP juga membenaarkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan bagi membantu ahlinya membayar ansuran bulanan rumah sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai.

Membina Rumah

Bagi yang ingin membina rumah di tanah sendiri, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2. Antara syarat utamanya adalah ahli hendaklah memiliki sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 dan tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Membeli Rumah

Untuk yang ingin membeli rumah pula, mereka turut boleh membuat pengeluaran dari simpanan KWSP mereka. Apa yang pasti, kategori rumah kediaman yang hendak dibeli itu perlulah merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai.

Menunaikan Haji

Kepada para pencarum beragama Islam, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan perbelanjaan bagi menunaikan ibadah haji.

Pengeluaran KWSP

Bagi setiap ahli KWSP yang memiliki simpanan di Akaun 1 dan Akaun 2 serta hendak membuat pengeluaran atas sebab-sebab di atas. Ia boleh dibuat melalui secara dalam talian (online) di Sistem E-Pengeluaran KWSP di Portal Rasmi i-Akaun (Ahli).

Bagi mereka yang telah mendaftar di i-Akaun (Ahli) KWSP, tatacara memohon pengeluaran boleh dibuat seperti di bawah:

  1. Daftar/log masuk ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP;
  2. Buat pengesahan identiti secara dalam talian (ID Pengguna, Kata Laluan, Imej Sekuriti, Frasa Rahsia);
  3. Klik pada menu e-Pengeluaran;
  4. Mengisi butiran permohonan dan menghantar pengesahan identiti dengan memasukkan TAC yang diterima melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan KWSP;
  5. Permohonan diluluskan secara dalam talian sekiranya ahli memenuhi syarat e-Pengeluaran;
  6. Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/ Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP;
  7. Ahli menerima notifikasi status e-Pengeluaran dalam inbox i-Akaun (Ahli).

Untuk panduan penggunaan e-Pengeluaran yang lebih teliti dan lengkap, sila rujuk DI SINI (PDF).

Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan senarai pengeluaran KWSP ini sila rujuk di Portal Rasmi KWSP DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme