Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan rm800

Bantuan RM800 dibayar selama 4 bulan secara berturut-turut: Tarikh pembayaran & senarai penerima

Posted on June 9, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan atau ditambah baik di bawah Belanjawan 2023, seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Februari lalu.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan RM800

Salah satu penambahbaikan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 adalah apabila pihak Kerajaan setuju untuk menaikkan kadar Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dari RM600 kepada RM800 bagi tahun ini.

Bantuan kewangan ini akan diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan pelaksanaan BMT pada tahun lalu, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BMT RISDA.

Akan tetapi, maklumat berkenaan tarikh permohonan dan cara permohonan BMT bagi tahun 2023 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Tentang tarikh pembayaran pula, ia akan dibuat dalam tempoh empat bulan bermula pada bulan November 2023 hingga Februari 2024 dengan kadar sebanyak RM200 setiap bulan.

Bagi maklumat lebih lengkap dan teliti berkenaan bantuan ini, ia boleh boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme