Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan

Cara memohon Bantuan RM1,200 untuk rakyat Malaysia: Permohonan masih dibuka sekarang

Posted on June 7, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan keangan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan RM1,200

Untuk makluman, pada bulan ini – permohonan bantuan kewangan iBITA telah pun dibuka bagi permohonan untuk mereka yang layak.

Bantuan kewangan ini pada asasnya dikenali sebagai Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA) dan membabitkan sumbangan kewangan seperyi berikut:

  • Universiti di Semenanjung: RM1,000
  • Universiti Sabah dan Sarawak: RM1,200
  • Politeknik Malaysia: RM300

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian (online) di Portal Rasmi iBITA;
  • Pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000 (Gaji Pokok Sahaja);
  • Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang;
  • Pelajar yang ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja;
  • Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda;
  • Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA:
    • Borang Permohonan dan Senarai Semak Dokumen yang dicetak melalui laman sesawang iBITA
    • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik. Tarikh Pendaftaran/Kemasukan Pelajar – (Pra Pendaftaran atau Orientasi tidak diambil kira)
    • Salinan Resit Pembayaran Yuran Pendaftaran
    • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
    • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga
    • Semakan Daftar Pemilih;
    • Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Pesara Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga
    • Salinan Penyata Bank.Pemohon perlu mengemukakan salinan Penyata Bank (PELAJAR)
    • Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin. (Tidak perlu dinyatakan dalam laman web, dalaman sahaja);
    • Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga yang tiada penyata gaji/pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
      **Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh YB KADUN/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Penghulu/ yang setaraf dengannya.
  • Proses rayuan permohonan hanya perlu dilakukan di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah sahaja mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam garis panduan;
  • Kegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran akan ditolak.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Portal Rasmi iBITA.

Permohonan bantuan ini dibuka mulai 1 Jun sehingga 30 Jun 2023.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme