Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
sewa

Sewa Rumah Kerajaan RM160 sebulan: Senarai mereka yang layak & cara buat permohonan

Posted on May 31, 2023 by Admin

Pelbagai jenis inisiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan, khususnya di kalangan B40.

Salah satunya adalah melalui Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PPR Disewa:

PPR Disewa

Program PPR Disewa pada asasnya telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada bulan Februari 2002. Ia bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar mampu dan tidak membebankan.

Ciri-ciri Rumah PPR adalah:

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Cara Memohon

Kepada yang ingin memohon, senarai projek PPR Disewa boleh dilihat di Portal TEDUH KPKT. Pada ketika ini, berikut adalah projek-projek PPR Diswa yang sedang dibuka:

  • PPR Bubul Ria, Semporna: Sewa RM160
  • PPR Ulu Pirasan, Kota Belud: Sewa 260

Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara.

Maklumat lengkap berkenana PPR Disewa boleh dirujuk DI SINI, manakala senarai projek boleh dilihat DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme