Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
pengeluaran

Pengeluaran bersyarat KWSP RM10,000: Berikut cara memohon untuk pencarum yang layak

Posted on May 30, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan fasiliti ini: –

Pengeluaran Bersyarat KWSP

Untuk makluman, Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah sebuah program yang membenarkan para ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun untuk membantu mereka mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Melalui fasiliti ini, ia membolehkan ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 mereka untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan tertentu.

Bayaran pengeluaran kemudiannya hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun;
  • Warganegara Malaysia;
  • Permohonan adalah sekali sahaja;
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan;
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP;
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada mereka yang bermimat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan inisiatif ini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian dengan tatacara di bawah:

  • Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian;
  • Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan;
  • Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

Buat masa ini, MBSB Bank Berhad telah memperkenalkan pembiayaan peribadi patuh syariah yang dikenali sebagai Ihsan-i EPF Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) dengan kadar pembiayaan RM3,000 hingga RM50,000.

Sebuah lagi institusi perbankan adalah Bank Simpanan Nasional (BSN)  melalui Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit Insan-i khas untuk ahli KWSP.

Had Pembiayaan Minimum adalah sebanyak RM3,000 sehingga maksimum RM50,000.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan fasiliti ini, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme