Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bayaran STR

Tarikh rasmi bayaran STR seterusnya telah diumumkan: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah & bujang

Posted on May 18, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 seperti mana telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Pada bulan Januari dan April lalu, pihak Kerajaan telah pun menyalurkan pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 kepada mereka yang diluluskan permohonan mereka.

Pembayaran itu merangkumi beberapa kategori penerima iaitu isi rumah, bujang dan warga emas. Oleh itu, berikut adalah maklumat lanjut jumlah pembayaran STR Fasa 3:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan anak 1 – 2: RM400
  • Bilangan anak 3 – 4: RM600
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM800

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM200
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM250

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM200

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Tarikh Pembayaran

Pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat pada bulan Julai 2023 seperti mana yang dimaklumkan di Portal Rasmi Kementerian Kewangan.

Cara pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank berstatus tidak aktif.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme