Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
i-sayang

Pengeluaran i-Sayang KWSP: Semak status kelayakan & cara buat permohonan

Posted on May 17, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan inisiatif i-Sayang. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan inisiatif ini: –

i-Sayang KWSP

Untuk makluman, i-Sayang adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 2023 ini.

Melalui inisiatif ini, pihak KWSP memberikan pilihan kepada suami (pemberi) untuk mengeluarkan 2 peratus caruman syer pekerja yang diterimanya daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

Inisiatif ini hanya boleh dibuat secara sukarela oleh suami dan pindahan tersebut akan dibuat secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.

Syarat-syarat Kelayakan

Bagi mereka yang berminat dengan inisiatif ini, semakan status kelayakan boleh dibuat berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut:

Syarat-syarat bagi suami

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara;
  • Ahli KWSP;
  • Belum mencapai umur 75 tahun;
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.

Syarat-syarat bagi isteri

  • Warganegara Malaysia;
  • Ahli KWSP;
  • Belum mencapai umur 75 tahun;
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan inisiatif ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui i-Akaun KWSP.

Permohonan turut boleh dibuat secara manual melalui Pejabat KWSP, dengan mengisi Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) dengan lengkap.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan i-Sayang, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme