Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bsh

Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 akan dibayar setiap bulan: Berikut cara memohon

Posted on May 16, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah Bantuan Sara Hidup (BSH): –

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan Sara Hidup atau singkatannya BSH ini adalah sebuah sumbangan kewangan bulanan sebanyak RM300 di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

BSH ini diberi kepada Veteran ATM dengan tujuan untuk meringankan beban sara hidup harian veteran ATM yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Veteran ATM
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan BSH secara lengkap.

Borang permohonan itu hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan juga perlu dipastikan tepat, betul serta benar.

Ia kemudiannya perlu dimajukan ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini dan borang permohonan, ia boleh didapati – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme