Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
maidam

Permohonan ditutup esok: Cara memohon Bantuan Kewangan MAIDAM RM600 – RM2,000

Posted on May 14, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Antaranya adalah bantuan-bantuan di bawah MAIDAM bagi tahun 2023. Berikut adalah maklumat lanjut berkenan bantuan yang diperkenalkan:

Bantuan MAIDAM

Salah satu bantuan yang diperkenalkan di bawah MAIDAM adalah Bantuan Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada mereka yang melanjutkan pendidikan di peringkat universiti.

Jumlah bantuan itu adalah seperti berikut:

Bantuan Am Diploma & Ijazah Sarjana Muda

  • Diploma: RM800
  • Ijazah Sarjana Muda: RM1,000

Bantuan Am Sijil, Sarjana & PHD

  • Sijil: RM600
  • Sarjana: RM1,500
  • PHD: RM2,000

Syarat-syarat Kelayakan

Syarat Khusus Bantuan Am Diploma & Ijazah Sarjana Muda

  • Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja;
  • Para pelajar di bawah kategori sinf miskin adalah tanpa mengambil kira Purata Nilai Gred (PNG);
  • Para pelajar di bawah kategori sinf fisabilillah pula yang mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/penaja pengajian yang memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point Average (GPA) 3.00 ke atas dalam semester pertama sesi akademik semasa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Syarat Khusus Bantuan Am Sijil, Sarjana & PHD

  • Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja;
  • Hanya layak dipertimbangkan bagi para pelajar di bawah kategori sinf miskin sahaja;
  • Tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran, tajaan/biasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badanbadan pembiaya bantuan lain.

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dilaksanakan secara dalam talian di Portal IPT Online Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Pemohon juga perlu memastikan kelengkapan senarai semak dokumen yang dinyatakan di portal berkenaan.

Permohonan bantuan ini dibuka sehingga 15 MEI 2023.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini dan permohonan boleh dilihat serta dikemukakan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme