Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan rm800

Pembayaran STR Fasa 2 telah selesai: Ini pula penerima & tarikh Bantuan RM800 dikreditkan

Posted on May 9, 2023 by Admin

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah selesai dibayar kepada para penerimanya bagi Fasa 1 dan Fasa 2.

Selain itu, terdapat juga bantuan kewangan sebanyak RM800 yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Berikut adalah penjelasannya: –

Bantuan RM800

Ketika membentangkan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju meneruskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Malah, pihak Kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar bantuan kewangan itu dari RM600 sebelumnya kepada RM800 bagi tahun 2023.

Bantuan ini akan diberikan kepada para pekebun kecil sama ada di bawah RISDA atau FELDA.

“Kerajaan turut bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan.

Ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung 320 ribu pekebun kecil dengan peruntukan RM256 juta,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, pembayaran BMT akan dilaksanakan sebanyak empat fasa kepada mereka yang layak.

Menurut apa yang dinyatakan di Ringkasan Belanjawan 2023, pembayaran empat fasa itu akan dibuat pada bulan November, Disember, Januari dan Februari.

Namun begitu, maklumat lebih lanjut berkenaan bantuan kewangan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak Kerajaan nanti.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan BMT, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme