Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
UPSI

Jawatan kosong besar-besaran di UPSI untuk kelulusan PMR – Ijazah: Gaji sehingga RM4,032

Posted on May 6, 2023 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong UPSI

  1. PENERBIT RANCANGAN B19
    • Jadual Gaji: RM1,360 -RM4,032
  2. PEREKA (SENI) B19
    • Jadual Gaji: RM1,360 -RM4,032
  3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI) BIDANG KEBUDAYAAN N19
    • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
  4. PEMANDU KENDERAAN H11
    • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
  5. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
    • Jadual Gaji: RM1,205 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan secara dalam talian (online) di Portal Online Job Application UPSI.

Setelah permohonan lengkap diisi, sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan dan dilampirkan bersama salinan dokumen / sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas seperti berikut:

  • Kad Pengenalan;
  • Ijazah Sarjana Muda/Diploma (jika berkaitan);
  • Transkrip Akademik (jika berkaitan);
  • Sijil Matrikulasi KPM/STPM/STAM/SPM/SPVM/SPMV/SVM/SKM/PT3/PMR/SRP atau setaraf (jika berkaitan);
  • Sijil Kokurikulum;
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Ia kemudiannya perlu dihantarkan ke alamat:

Unit Perjawatan
Bahagia Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 16 MEI 2023, SELASA.

Maklumat lebih terperinci (rasmi) boleh didapati DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme