Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
rasmi

Bayaran rasmi STR Fasa 3 telah diumumkan: Ini kadar yang bakal diterima isi rumah & bujang

Posted on May 4, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

STR Fasa 3

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun dibuat kepada yang layak pada bulan Januari dan April lalu.

Pembayaran itu merangkumi beberapa kategori penerima iaitu isi rumah, bujang dan warga emas. Oleh hal demikian, berikut pula adalah maklumat berkenaan jumlah pembayaran STR Fasa 3 bagi tahun ini:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan anak 1 – 2: RM400
  • Bilangan anak 3 – 4: RM600
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM800

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM200
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM250

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM200

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Tarikh Pembayaran

Kaedah pembayarannya STR Fasa 3 adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank berstatus tidak aktif.

Pembayarannya pula akan dibuat pada bulan Julai 2023 seperti mana yang dinyatakan di Portal Rasmi Kementerian Kewangan.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme