Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
BKK

Bantuan BKK RM1,000 dikreditkan bulan ini: Senarai penerima & tarikh rasmi pembayaran

Posted on April 17, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah sumbangan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi tahun 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan BKK

Bagi tahun 2023, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adakah Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM1,000 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Bantuan ini akan diberikan kepada semua penjawat awam Negeri Sembilan dengan membabitkan 3,796 orang serta peruntukan sebanyak RM3.796 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam satu laporan berkata, bantuan itu bagaimanapun tidak termasuk kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

“Pemberian BKK ini adalah hasil daripada lebihan pendapatan yang dicapai dalam bajet tahun lalu mencecah RM523 juta berbanding sasaran RM432 juta.

“Ini juga sebagai usaha meringankan beban kewangan kepada anggota pentabiran kerajaan negeri dalam membuat persiapan menyambut hari raya selain penghargaan kepada mereka sempena Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran BKK akan dibuat pada 14 April 2023 secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

Dengan pemberian bantuan ini, Aminuddin Harun berharap ia akan meningkatkan lagi motivasi penjawat awam negeri untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang.

Sumber: Berita Harian.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
April 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
« Mar   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme