Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan khas aidilfitri

Tarikh rasmi pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri telah diumumkan: Jumlah bayaran & senarai penerima

Posted on April 6, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya termasuklah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang telah diumumkan oleh pihak Kerajaan baru-baru ini.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada setiap penerima.

Bantuan ini nanti akan diberikan kepada kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

“Memandangkan keadaan hidup rakyat ini masih terasa… saya teliti mana kohort yang tidak peroleh manfaat sebelum ini, masih ada masalah terutama pada bulan Ramadan dan Aidilfitri.

“Maka saya bersetuju salurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan sebanyak RM200 lagi, tambahan (kepada) apa yang telah diumumkan. Hal ini akan menelan belanja RM170 juta ringgit,” kata Perdana Menteri.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut akan memberikan ‘duit raya’ sebanyak RM300 kepada pasukan sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam, sukarelawan polis dan bomba.

“Saya sebut tadi ada kategori tidak dapat manfaat sama, kategori ini ialah sukarelawan… Ia berbeza daripada pekerja tetap, polis bantuan itu tidak termasuk, tapi kategori sukarelawan ini 200,000 orang, sehubungan itu menjelang Aidilfitri ini maka saya setuju beri sagu hati kepada mereka RM300,”, katanya.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat, pembayaran bantuan-bantuan ini berkemungkinan akan dibuat bersamaan dengan tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri untuk penjawat awam dan pesara Kerajaan pada 17 April 2023.

Diharapkan pemberian bantuan-bantuan ini akan sedikit sebanyak memeriahkan persiapan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
April 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
« Mar   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme