Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan khas

Bantuan Khas RM2,500 mula dibayar bulan depan: Berikut senarai penerima yang bakal dikreditkan

Posted on March 20, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang telah diluluskan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Tahunan masing-masing.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-

Bantuan Khas RM2,500

Ketika membentangkan Belanjawan Negeri Tahun 2023, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada mereka yang berkelayakan.

Bantuan ini nanti akan disalurkan kepada sekitar 5,599 penjawat awam di negeri berkenaan sebagai tanda penghargaan serta terima kasih kepada para penjawat awam yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

“Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” katanya.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan ucapan Aminuddin di Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan, pembayaran bantuan ini akan dibuat sebanyak dua kali pada tahun ini.

Pembayaran pertama telah pun dikreditkan pada bulan Januari lalu, manakala pembayaran kali kedua pula akan dibuat pada minggu pertama April.

Dalam pada itu, pihak Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk meneruskan pelbagai lagi bantuan seperti kemudahan pinjaman pembelian komputer dan kenderaan tanpa faedah bagi penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang layak.

Sumber: Berita Harian.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Feb   Apr »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme