Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan Tambahan

RASMI: Senarai penuh penerima STR & Bantuan Tambahan sehingga RM3,100 pada tahun ini

Posted on March 15, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.

Antaranya adalah Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan ini adalah penjelasannya: –

Bantuan Tambahan

Bantuan Tambahan STR ini diberikan kepada para penerima STR sedia ada yang menepati syarat kelayakan khusus ditetapkan.

Mereka yang layak menerima bantuan tambahan ini adalah Isi Rumah Miskin Tegar  Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,169.

Bantuan tambahan itu nanti akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Ia akan dikenali sebagai Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan kepada setiap Ketua Isi Rumah miskin tegar.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bantuan Sehingga RM3,100

Nilai bantuan ini adalah sebanyak RM600 dan diberikan sebanyak 6 fasa (RM100 setiap fasa) bagi tahun 2023. Pembayarannya akan dibuat pada bulan Julai; Ogos; September; Oktober; November dan Disember 2023.

Dengan pemberian bantuan tambahan sebanyak RM600 itu, bermakna bagi penerima yang layak mendapat STR RM2,500 – maka jumlah keseluruhan bantuan yang layak adalah sebanyak RM3,100.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Feb   Apr »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme